hi, good morning prudential
Semenjak saya memasuki industri takaful dan insurans daripada tahun August 2011, sehingga sekarang. Eventhough, saya telah menjalani tugas sebagai agent sebelum itu lagi dengan belajar berkenaan dengan teknik dan apa itu kepentingan Takaful kepada masyarakat. Walaupun pada waktu itu saya sudah mempunyai 1 polisi takaful dan insurans kemalangan untuk diri sendiri. Namun, sebenarnya saya sendiri tidak faham apa kandungannya dalam polisi itu, apa manfaat dan kepentingannya. Sehingga saya bertindak dan berhajat untuk menjadi seorang agent Prudential baru saya faham.
Topik bahasa Inggeris tetapi apa yang saya tulis menggunakan bahasa Melayu, sebab Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan kami sekeluarga. Saya menjadi agent Prudential dibawah agensi Al-Isra' Associates semasa saya di semester 5 universiti. dari situ bermulanya gerak langkah saya sebagai agent.
Saya juga menulis di laman web peribadi saya yang saya jadikan satu laman web yang agak formal, iaitu www.urusrm.com, berbanding dengan laman web itu, hanya satu laman percuma untuk saya luahkan hasil kerja saya dan berkongsi pengalaman saya kepada semua, supaya anda yang membaca dapat informasi secara tidak formal. Di Urusrm.com, segala penulisan adalah berdasarkan fakta dan formal, disini kebanyakan adalah pengalaman berdepan dengan situasi yang dihadapi oleh pelanggan saya, yang dinamakan x, y, dan z. Ataupun cerita-cerita yang saya dengan daripada rakan associates berkenaan dengan kes-kes perubatan yang melibatkan insurans dan takaful. Dan cerita-cerita dalam laman ini akan lebih kelihatan santai untuk dibaca diwaktu lapang anda.
Saya minat untuk kongsi cerita saya kepada anda, dan diharap anda juga dapat berkongsi melalui komen pada laman ini. Sokongan anda saya amat hargai, dan saya akhari post saya yang pertama ini, dengan Wassalam.
No comments:
Post a Comment