Saturday, November 24, 2012

Perjalanan 24 November 2012

Secara iikhlas, semalam sewaktu pulang dari Bukit Persekutuan jam 4.00 pagi tiba2 saya merasakan susah hendak bernafas dan jantung terasa amat sakit, seperti mana di cucuk oleh jarum. Hanya satu sahaja, yang saya ingat.. Ya Rabb (tuhan). Dan waktu itu saya bersendirian dan penik. Lama juga merasakan begitu, saya cuba untuk memandu, mana la tahu sempat ke Prince Court buat rawatan. 

Sy terfikir, amalan tidak pasti tuhan terima ke tak, cukup ke tak untuk aku bawa ke akhirat kelak. Hutang, dapatkah diselesaikan, adakah waris atau keluarga tahu aku masih berhutang dengan orang. Duit itu ada, tapi takut x dapat dibayar sahaja. Satu sahaja kelegaan yang ada, aku jika pergi.. dapat membayar hutang2.

Oleh itu, malam ini sy meminta maaf kepada semua yang ada di sini. Jika ada salah silap. Kalau ada hutang bg tahu. Saya selalu kongsikan manusia cuma ada 3 hari. Hari Ini, yang kita kene buat yang terbaik. Hari Semalam yang hanya tinggal sejarah (dah x boleh buat apa2 dan Hari Esok, yang kita sendiri dapat ke temu atau tidak.
- status di fb saya

Nasib baik saya mempunyai perlindungan takaful yang saya yakin cukup untuk menampung kos rawatan perubatan ataupun yang penting dapat langsaikan hutang. Cuma saya sebagai agent, selalunya saya uruskan berkenaan dengan kematian orang lain, tetapi, jika ada sesuatu berlaku kepada saya, saya minta pertolongan sahabat saya, untuk menguruskan medical card saya ataupun pampasan saya kalau saya tak larat atau tidak ada lagi. 

duit pampasan sumbangan takaful akan diberikan kepada ibu bapa saya yang saya sangat sayangi, dan mereka berhak untuk menguruskan kewangan tersebut. Antara perkara pertama yang waris kene buat adalah melangsaikan hutang-hutang si mati. Barulah duit itu boleh diagighkan mengikut sistem faraid. 

Duit sumbangan manfaat kematian untuk sistem takaful adalah halal, manakala duit sumbangan atas sistem insurans adalah haram, mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan. 

No comments:

Post a Comment