Wednesday, December 19, 2012

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL, TERBAIK DI ASIA (ANUGERAH PENGENDALI TAKAFUL TERBAIK.

[caption id="attachment_744" align="aligncenter" width="615"]Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini yang merupakan pengiktirafan terhadap usaha kami menyediakan produk dan perkhidmatan Takaful untuk semua. Anda adalah sumber inspirasi yang mendorong kami mempertingkatkan usaha ke tahap yang lebih tinggi. Pengiktirafan ini dikongsi bersama anda semua. Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini yang merupakan pengiktirafan terhadap usaha kami menyediakan produk dan perkhidmatan Takaful untuk semua. Anda adalah sumber inspirasi yang mendorong kami mempertingkatkan usaha ke tahap yang lebih tinggi. Pengiktirafan ini dikongsi bersama anda semua.[/caption]

Salam PruBSN. We have been awarded the Best Takaful Operator (Asia) during the Islamic Business & Finance Awards 2012 last Wednesday.

PruBSN's Head of Brand & Communications, Tengku Sheila Tengku Azib was there to receive the prestigious accolade. This success was made possible from the hard work of everyone in the company, good dynamics between us and the agents not to mention the trust that customers have placed upon us.

We thank you and this award is for all of us.

as an financial consultant of PruBSN we are thankful of this recognition by Khairul Anwar Bin Abu Mansor

financial consultant, Prudential BSN Takaful Bhd

Monday, December 17, 2012

Nilai pampasan diri & amal jariah

15 December 2012

assalamualaikum

Dalam perjalanan menuju ke klang, untuk berjumpa dengan rakan yang baru sahaja melangsungkan pertunangan. Kami bercerita mengenai kematian, dalam pekerjaan kami juga selalu kami bercerita mengenai kematian, 


Saya memberikan cadangan kepada rakan saya untuk kita memberikan sum insured nilai yang tinggi untuk keperluan generasi keluarga tersebut. Manakala rakan saya mencadangkan kita memberikan jumlah kad perubatan dan mempromosikan manfaat itu. Saya tidak membantah apa yang diperkatakan, kerana apa yang diperkatakan juga adalah betul.

Apa yang saya fikirkan adalah mati itu pasti, dan sakit itu tidak pasti. Ada orang akan terus mati tanpa sakit, dan ada orang menderita kesakitan sebelum malaikat mencabut nyawa. dan kita sebagai manusia juga tidak mengetahui bila agaknya masa yang ditetapkan untuk dicabutkan 1 nyawa yang sangat berharga.

Saya bertanya dengan sahabat saya, mengenai status polisi Prudential BSN Takaful yang dibeli melaluinya. dalam tue terdapat jumlah untuk manfaat kematian dengan jumlah yang cukup untuk membayar hutang piutang, jika ditakdirkan umur tidak panjang. Saya juga mengira jumlah sum insured polisi-polisi takaful saya. Harap 1/3 jumlah ini juga dapat digunakan untuk amal jariah didunia ini.

(gambar hiasan)

Di Klang, kami mendapat berita bahawa salah seorang pelajar daripada bidang pengajian saya meninggal akibat kemalangan yang disyaki berpunca daripada kecuaian orang yang melanggarnya, sewaktu dalam perjalanan ke UiTM pagi itu. Kami mengambil keputusan untuk menziarahi jenazah di HTAR, Klang. Alhamdulillah semuanya selamat, dan jenazah telah selamat dikebumikan di Johor. 

Sewaktu pulang, kami berbincang isu yang sama, tetapi dari segi lainpula. Jika ditakdirkan tuhan menjemput kami dalam masa terdekat, apakah persedian kami ini cukup. Dari segi kewangan, alhamdulillah cukup, mungkin kami kene letak noted dalam fail polisi takaful kami, jumlah hutang, pembayaran yang perlu dilakukan, agihan wang jika berlaku kematian. tetapi dari segi amalan untuk dibawa keakhirat, kami berazam  untuk memperkuatkan lagi amalan kami sebagai bekalan di akhirat kelak.


#kematian boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, amalan sahaja tidak mencukupi, jika hutang piutang masih tidak lagi dibayar. Hutang didunia akan dibawa sehingga mati. Rasulullah s.a.w juga menegaskan kepentingan melangsaikan hutang.
Roh seorang mukmin masih terkatung-katung (sesudah wafatnya) sampai hutangnya di dunia dilunasi. (HR. Ahmad)


Setiap hari mengingati kematian adalah satu perkara yang terbaik untuk seseorang muslim. Manakala  setiap satu hari penambahan usia kita, setiap satu hari juga dekatnya kita dengan kematian. wallahualam

Tuesday, November 27, 2012

Kewangan Islam harus babitkan kumpulan berpendapatan rendah bagi pertumbuhan seimbang (Berita Harian)

2012/11/27 – 17:08:12 PM


KUALA LUMPUR: Kewangan Islam harus bersifat merangkumi dan boleh dinikmati oleh semua, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil untuk mencapai pertumbuhan ekonomi global yang lebih seimbang dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.
Katanya, untuk mencapai matlamat ini, institusi kewangan Islam mesti berusaha untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan kewangan masing-masing kepada semua segmen masyarakat dengan memenuhi permintaan bagi lebih banyak produk mikro kewangan Islam.
 ”Dengan kemunculannya sebagai satu bidang khusus pasaran baharu, mikro kewangan Islam akan dapat memenuhi permintaan berbeza-beza daripada masyarakat berpendapatan rendah dan memberikan sokongan kepada kegiatan keusahawanan,” katanya pada Kolokium Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) kedua 2012.

Mikro kewangan Islam, jika disokong oleh mikro takaful, berpotensi untuk menyediakan penyelesaian perlindungan dan pembiayaan yang lebih menyeluruh, lestari dan mudah diperoleh bagi kumpulan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil.
Zeti berkata Pelaburan Tanggungjawab Sosial (SRI) dijangka menjadi kelas aset arus perdana menjelang 2015, dengan aset yang diuruskan diunjurkan berjumlah lebih US$26 trilion, dan menguasai 15 hingga 20 peratus pasaran global.
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan daripada pelabur-pelabur institusi yang semakin memberikan keutamaan kepada pertimbangan kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam perniagaan dan sistem nilai institusi masing-masing.
“SRI telah mengetengahkan soal perlunya sistem kewangan dikaitkan kepada ekonomi dan perlunya dipertingkatkan tahap ketelusan, keadilan, etika dan tanggungjawab sosial dalam kewangan moden,” tegas beliau.
Mengenai Portal Repositori Pengetahuan Kewangan Islam yang dilancarkannya hari ini, Zeti berkata ia boleh menyumbang ke arah memenuhi keperluan bagi penyebaran maklumat yang lebih cekap, yang akan menggalakkan peningkatan ketelusan pasaran, penemuan harga dan kefahaman tentang industri.
Sebagai sebuah pangkalan data pengetahuan, portal itu memusatkan ketetapan syariah dan justifikasinya, perundangan serta syarat-syarat kawal selia.
Ini diperkaya dengan koleksi penyelidikan dan pembangunan dalam kewangan Islam.
“Pangkalan data ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan penting bagi pengamal syariah dan industri, pembuat dasar, penyelidik dan ahli akademik,” kata Zeti, sambil menambah bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam, malah juga rasa saling hormat dan pengiktirafan terhadap kewangan Islam.
- BERNAMA

Sunday, November 25, 2012

Rahsia kekayaan dari generasi ke generasi

#Salam



WOW!!! Satu perkongsian yang sangat hebat pada minggu ini adalah bagaimana memastikan generasi anda saban hari semakin kaya dan semakin kaya, walaupun kita tak kaya. Saban hari manusia sering bercakap, aku mau jadi kaya, untuk siapa, untuk anak-anak, untuk suami/isteri. Perkara ini adalah tidak mustahil bagi seseorang kerana beliau masih lagi hidup dan mampu bekerja. 

Justeru, kepada yang mempunyai azam untuk kaya, caranya mudah sahaja, usaha. Tanpa usaha pastinya anda tidak berjaya. Tiada kekayaan datang bergolek. Kekayaan ini, bila ia mudah datang, maka ia mudah untuk pergi. Sebab itu, kita jarang lihat orang sustainable kaya sepanjang masa, kalau kekayaan yang dia peroleh adalah mudah. 

Orang yang lazimnya, bercerita mengenai kekayaan, hendak memberikan generasi ke generasi semakin kaya lazimnya adalah lelaki, tetapi tidak mustahil, perempuan juga ada yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Seperti mana kita lihat program-program kesuahanan terutamanya dari Dato Azizan Osman (DAO). Kita lihat ramai usahawan, atau bakal usahawan untuk mengimpikan untuk mejadi kaya. Itu satu petanda yang sangat positive untuk perkembangan ekonomi seseorang individu dan negara. 

Tetapi perkara yang suka saya bincangkan pada posting kali ini, bila agaknya seseorang yang bekerja berusaha untuk kaya itu akan menjadi kaya. Sebelum itu, kita kira dalam perjalanan yang panjang untuk menempuh kekayaan, apakah cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Saya senaraikan
  1. Hutang di bank untuk memulakan perniagaan. Termasuk bantuan kredit daripada badan-badan kerajaan. 
  2. Keperluan hidup terutamanya bagi mereka yang sudah bekeluarga. Keperluan ini termasuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal.
  3. Share perkongsian dalam sesebuah syarikat. Share ini lazimnya berbentuk saham. Untuk menjana satu syarikat yang besar, lazimnya bukannya seorang investor (pelabur) dalam syarikat itu. Mesti lebih dariapda satu.
  4. Faktor kerugaian, dalam perjalanan untuk mengeluarkan produk, modal pada peringkat awal kadang-kadang adalah kerugian yang perlu ditanggung dahulu sebelum menikmati kemanisan keuntungan. Ada yang menanggungg kos kerugian ini dengan meminjam dengan orang saudara mara dan rakan-rakan. 
  5. Gaji pekerja yang terpaksa dibayar walaupun perniagaan tidak dimulakan.
Pernah tidak anda terfikir faktor-faktor ini sebelum memulakan perniagaan. Bagi individu yang bekerja sendiri, kemungkinan anda juga berdepan dengan hutang-hutang yang kecil.

Pernah tidak anda terfikir bagaimana seseorang itu, walaupun dia susah, tetapi dia dapat melahirkan generasi yang senang. Walaupun dia selalau berusaha untuk mencapai sesuatu peringkat kekayaan dan masih tidak tercapai, tetapi generasi dia tetap teruskan kekayaan tersebut. 

Rahsia dia kekayaan generasi ke generasi yang saya maksudkan ini adalah nilai "sum insured" iaitu nilai perlindungan diri anda. Berapa?
       
         RM 100 000.00  /  RM 500 000.00 / RM 1 500 000.00 / RM 4 000 000.00

Mana satu pilihan anda? beginilah cara yang paling mudah untuk memastikan generasi anda kekal kaya. Dengan meletakan jumlah sum insured yang tinggi diri anda demi generasi anda. Supaya generasi anda yang anda lahirkan berterima kasih kepada anda, kerana menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada keluarga. Mereka akan menikmati kekayaan atas usaha anda, dan tanggungjawab anda sebagai seorang yang melahirkan insan bergelar anak kepada anda terlaksana.

#wallahualam / amien. 

Saturday, November 24, 2012

Perjalanan 24 November 2012

Secara iikhlas, semalam sewaktu pulang dari Bukit Persekutuan jam 4.00 pagi tiba2 saya merasakan susah hendak bernafas dan jantung terasa amat sakit, seperti mana di cucuk oleh jarum. Hanya satu sahaja, yang saya ingat.. Ya Rabb (tuhan). Dan waktu itu saya bersendirian dan penik. Lama juga merasakan begitu, saya cuba untuk memandu, mana la tahu sempat ke Prince Court buat rawatan. 

Sy terfikir, amalan tidak pasti tuhan terima ke tak, cukup ke tak untuk aku bawa ke akhirat kelak. Hutang, dapatkah diselesaikan, adakah waris atau keluarga tahu aku masih berhutang dengan orang. Duit itu ada, tapi takut x dapat dibayar sahaja. Satu sahaja kelegaan yang ada, aku jika pergi.. dapat membayar hutang2.

Oleh itu, malam ini sy meminta maaf kepada semua yang ada di sini. Jika ada salah silap. Kalau ada hutang bg tahu. Saya selalu kongsikan manusia cuma ada 3 hari. Hari Ini, yang kita kene buat yang terbaik. Hari Semalam yang hanya tinggal sejarah (dah x boleh buat apa2 dan Hari Esok, yang kita sendiri dapat ke temu atau tidak.
- status di fb saya

Nasib baik saya mempunyai perlindungan takaful yang saya yakin cukup untuk menampung kos rawatan perubatan ataupun yang penting dapat langsaikan hutang. Cuma saya sebagai agent, selalunya saya uruskan berkenaan dengan kematian orang lain, tetapi, jika ada sesuatu berlaku kepada saya, saya minta pertolongan sahabat saya, untuk menguruskan medical card saya ataupun pampasan saya kalau saya tak larat atau tidak ada lagi. 

duit pampasan sumbangan takaful akan diberikan kepada ibu bapa saya yang saya sangat sayangi, dan mereka berhak untuk menguruskan kewangan tersebut. Antara perkara pertama yang waris kene buat adalah melangsaikan hutang-hutang si mati. Barulah duit itu boleh diagighkan mengikut sistem faraid. 

Duit sumbangan manfaat kematian untuk sistem takaful adalah halal, manakala duit sumbangan atas sistem insurans adalah haram, mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Monday, November 12, 2012

The first post of big Why this blog was created?

hi, good morning prudential

Semenjak saya memasuki industri takaful dan insurans daripada tahun August 2011, sehingga sekarang. Eventhough, saya telah menjalani tugas sebagai agent sebelum itu lagi dengan belajar berkenaan dengan teknik dan apa itu kepentingan Takaful kepada masyarakat. Walaupun pada waktu itu saya sudah mempunyai 1 polisi takaful dan insurans kemalangan untuk diri sendiri. Namun, sebenarnya saya sendiri tidak faham apa kandungannya dalam polisi itu, apa manfaat dan kepentingannya. Sehingga saya bertindak dan berhajat untuk menjadi seorang agent Prudential baru saya faham.

Topik bahasa Inggeris tetapi apa yang saya tulis menggunakan bahasa Melayu, sebab Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan kami sekeluarga. Saya menjadi agent Prudential dibawah agensi Al-Isra' Associates semasa saya di semester 5 universiti. dari situ bermulanya gerak langkah saya sebagai agent.

Saya juga menulis di laman web peribadi saya yang saya jadikan satu laman web yang agak formal, iaitu www.urusrm.com, berbanding dengan laman web itu, hanya satu laman percuma untuk saya luahkan hasil kerja saya dan berkongsi pengalaman saya kepada semua, supaya anda yang membaca dapat informasi secara tidak formal. Di Urusrm.com, segala penulisan adalah berdasarkan fakta dan formal, disini kebanyakan adalah pengalaman berdepan dengan situasi yang dihadapi oleh pelanggan saya, yang dinamakan x, y, dan z. Ataupun cerita-cerita yang saya dengan daripada rakan associates berkenaan dengan kes-kes perubatan yang melibatkan insurans dan takaful. Dan cerita-cerita dalam laman ini akan lebih kelihatan santai untuk dibaca diwaktu lapang anda.

Saya minat untuk kongsi cerita saya kepada anda, dan diharap anda juga dapat berkongsi melalui komen pada laman ini. Sokongan anda saya amat hargai, dan saya akhari post saya yang pertama ini, dengan Wassalam.